Monday, October 4, 2010

Us Ahmad Norashidi & Nur Ikhwan bernasyid


Beberapa buah Nasyid ASZ yang mendalam liriknya menyentuh qalbu. Mudah-mudahan semua pendengar menghayatinya...

Rumah Terbuka di Kompleks Pertanian Titi Gantung


Warga RPNI berhari raya di Kompleks Pertanian Titi Gantung
18.09.2010 Jemputan berhari raya di Kompleks Pertanian Titi Gantung. Kumpulan Nasyid Nur Ikhwan membuat persembahan beberapa buah nasyid. Cuma, 'lil asaf syadid' tidak dapat memenuhi permintaan Ketua Pengarah Pertanian Perak untuk menyampaikan nasyid Maher Zin dalam Bahasa Inggeris.

PROGRAM KORBAN 1431H/2010M

PROGRAM KORBAN 1431H/2010M

Tuan/puan dipelawa untuk menyertai PROGRAM KORBAN 1431H/2010M anjuran RPNI. Daging korban akan menjadi hidangan penghuni RPNI dan diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar Kg Batu Hampar Dalam, Beruas 32700 Perak. Satu bahagian ditetapkan RM330.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pengurus RPNI Puan Rosni Abdul 019-4168398

Renungan:
Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat

• Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

• Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."

• Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:

"Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban."